Pages

Saturday, 22 October 2011

Tempat Bersejarah Di Malaysia - 3

3. Rumah Agam Cheong Fatt Tze

        Cheong Fatt Tze Mansion terletak di 14 Lebuh Leith, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Dinding luaran biru-biru nila rumah ini menjadikannya sebuah binaan yang menyerlah di kawasannya. Rumah Agam Cheong Fatt Tze ini dibina pada sekitar 1880-an dan dimiliki oleh Cheong Fatt Tze. Ia merupakan rumah paragigm Cina tradisi - rumah berlaman dengan 38 bilik, yang dibina menurut Feng Shui yang baik.
        Rumah agam yang dibina oleh Cheong Fatt Tze pada penghujung abad ke-19 ini mempunyai 38 buah bilik, 5 bidang laman dalam diturap granit, 7 batang tangga dan 220 buah tingkap beram balak vernakular. Ciri-ciri lain dlaam rumah ini termasuk tingkap beram Gothik, hasil porselin potong dan tampal Cina, jubin lantai Stoke-on-Trent, kerja besi tuang Scotland dan kaca berwarna Art Nouveau. Kebanyakan aspek rumah agam dibinar berasaskan prinsip feng shui.
        Rumah agam ini kini digunakan sebagai hotel dan juga muzium sebagai sebahagian projek pemulihan rumah ini.
        Satu babak dalam filem Perancis bertajuk "Indochine" yang dibintangi Catherine Deneuve pernah difilemkan dalam rumah ini.
        Rumah Agam Cheong Fatt Tze ini turut memiliki perpustakaan, dewan istiadat, laman dan taman. Berhadapan dengannya terdapat lima rumah kedai bewarna biru yang sebelumnya merupakan rumah pembantunya.


Gambar-gambar



1 comment:

  1. Melaka merupakan satu tempat yang bersejarah, oleh itu kita perlu menghargai...

    ReplyDelete