Pages

Friday 9 December 2011

REFLEKSI MIKROPENGAJARAN SAYA

REFLEKSI MIKRO-PENGAJARAN

            Pengajaran dan pembelajaran(P&P) mikro-pengajaran yang saya ajarkan ini merupakan subjek Bahasa Malaysia.  Dalam P&P ini, saya telah mengajarkan tentang tajuk kata-kata persamaan dan berlawanan. Sepanjang 10 minit tersebut, saya telah menggunakan kaedah permainan kecil untuk menerangkan tentang input pengajaran yang saya ingin sampaikan. Permainan kecil ini disokong atau dibantu oleh alat-alat lain seperti kad-kad yang ditulis dengan berbagai-bagai perkataan, muzik-muzik, kertas mahjong dan sebagainya. Sepanjang P&P itu dijalankan, saya dapati bahawa murid-murid telahpun melibatkan diri secara aktif dan seronok terutamanya apabila mereka mengikut arahan untuk menghantarkan kad-kad dan diiringi dengan muzik yang dimainkan. Selepas itu, saya juga dapati bahawa kebanyakkan daripada murid tersebut dapat memahami dan mampu menjawab soalan yang saya kemukakan.

            Dalam P&P tersebut, saya telah mendapati beberapa kekuatan yang sedia ada pada diri sendiri saya. Antaranya ialah keyakinan saya. Saya sangat beryakin apabila menghadap dengan murid-murid yang berbagai-bagai. Contohnya ada yang nakal, pendiam, dan lain-lain. Saya berupaya mengawal murid-murid yang agak nakalnya dan memupuk murid yang pendiam dengan tidak menjejaskan perjalanan P&P saya. Keadaan dan suasana kelas yang harmoni dan selesa dapat saya jadikan semasa mengajar di dalam kelas.

Seterusnya, sikap ketekunan saya juga telah membantu saya dalam menjayakan P&P saya. Saya telah membuat persediaan dengan secukupnya sebelum memasukkan ke dalam kelas. Saya juga akan berusaha dengan mencarikan jalan penyelesaian apabila saya menghadapi masalah yang berkaitan dengan P&P yang saya akan jalankan. Sebagai contoh, saya telah membuat perbincangan dengan guru-guru yang lain tentang P&P Bahasa Malaysia yang akan saya jalankan. Saya akan meminta mereka untuk memberikan pandangan mereka terhadap pengurusan P&P saya supaya saya tidak akan memberikan P&P yang penuh dengan kecuaian ataupun kesalahan semasa di dalam kelas.

Selain daripada itu, saya juga dapati bahawa terdapat beberapa perkara yang ingin saya perhatikan dan menambahbaikkan. Antaranya ialah pengawalan masa secara lebih teliti. Kemudian, saya juga akan menambahkan pelbagai jenis  aktiviti yang akan dijalankan dalam P&P demi menyeronokkan dan menarik perhatian murid-murid saya. Seterusnya, saya juga akan meningkatkan prestasi saya sendiri dengan menghadiri lebih banyak kursus, membaca buku yang berlainan bahasa dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment