Pages

Friday 9 December 2011

REFLEKSI PENGAJARAN ANTONIM

REFLEKSI PENGAJARAN ANTONIM
           
            Subjek pelajaran dan pembelajaran(P&P) yang telah saya jalankan bagi makro-pengajaran saya ialah subjek Bahasa Malaysia. Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa P&P yang dijalankan pada hari ini agak lancar dan berkesan serta telah mencapai objektif yang terutamanya. Hal ini demikian kerana murid-murid dapat mengikut arahan yang telah saya berikan dengan jelas dan teliti. Jadi, mereka dapat menjalankan segala aktiviti ataupun latihan-latihan di dalam kelas dengan baik dan sempurna. Sebagai contoh, murid-murid mampu menjawab dengan betulnya kesemua soalan apabila saya mengemukakan soalan kepada mereka. Selain itu, murid-murid juga dapat belajar dalam keadaan kelas yang terkawal dan suasana kelas yang harmoni dan selesa.

            Kemudian, saya telah mendapati beberapa kelebihan dan kekurangan selepas saya telah menjalankan P&P saya. Salah satu kelebihannya ialah dari segi kreativiti saya. Saya mampu menambahkan aktiviti-aktiviti permainan ke dalam P&P saya semasa di dalam kelas. Hal ini kerana saya ingin menarikkan perhatian murid-murid untuk terus melibatkan diri secara aktif semasa saya memberikan input pengajaran di dalam kelas. Murid-murid yang aktif semasa memberikan jawapan dan respon sudah boleh dipastikan mereka telah faham akan apa-apa yang telah saya ajarkan. Selain daripada itu, saya mendapati bahawa alat bantu mengajar(ABM) yang saya gunakan semasa mengajar juga agak berkesan. Murid-murid telahpun memberi perhatian yang sepenuhnya semasa saya menggunakan tayangan “slide” untuk memberikan penerangan kepada mereka. Mereka berasa seronok apabila melihat gambar-gambar yang berwarna-warni dan berbagai-bagai di dalam tayangan “slide” saya. Oleh itu, saya boleh membuat konklusi bahawa kebanyakkan murid telahpun menguasai segala kemahiran dan ilmu pengetahuan selepas menjalani P&P tersebut.

            Selepas itu, saya juga mendapatkan kekurangan selepas menjalankan P&P tersebut. Antaranya ialah kesuntukkan masa untuk menyempurnakan P&P saya. Hal ini kerana terdapatlah sebahagian murid di dalam kelas telah mendapatkan masalah terhadap P&P tersebut. Umpamanya, mereka tidak faham akan apa maksud perkataan-perkataan yang telah saya paparkan. Selain itu, mereka juga tidak memahami apabila saya bercerita dengan mereka dalam Bahasa Malaysia. Mereka hanya akan jelas selepas saya memberikan penerangan dalam bahasa ibunda kita, iaitu Bahasa Cina. Jadi, masa yang lebih perlu diperuntukkan khas untuk murid-murid tersebut. Saya akan menambahbaikkan kekurangan saya ini dengan memberikan kelas tambahan kepada murid-murid tersebut selepas waktu persekolahan. Jikalau boleh, saya akan memberikan sokongan kepada mereka untuk memperbanyakkan membaca buku-buku yang dituliskan dalam Bahasa Kebangsaan kita. Selain itu, saya juga akan memberikan bimbingan kepada mereka supaya tidak bertutur kata dalam bahasa ibunda semasa berada dalam kelas BM.

            Tambahan pula, saya akan merancangkan semula dan menambahkan lagi satu “slot” bagi setiap P&P yang telah saya jalankan, iaitu “Slot Perbincangan Bersama”. Saya akan memperuntukkan lebih kurang 10 sehingga 15 minit untuk membuat perbincangan dengan murid-murid selepas setiap P&P yang telah dijalankan. Saya akan memberikan peluang kepada mereka supaya dapat mengemukakan soalan-soalan yang mereka dapati. Jadi, saya dapat mencatatkan dan memahami tentang masalah yang mereka hadapi. Seterusnya saya akan bersedia untuk memberikan penerangan ataupun penjelasan kepada mereka pada minggu yang berikutnya.

            Akhir sekali, saya juga akan menyediakan lebih banyak aktiviti untuk semua murid semasa mengajar mereka di dalam kelas. Aktiviti-aktiviti seperti larian, nyanyian dan sebagainya juga akan saya campurkan dalam P&P saya demi menjadikan P&P saya dengan lebih seronok. Selain itu, saya juga dapat mengeratkan hubungan saya dengan murid-murid melalui aktiviti-aktiviti tersebut. Oleh itu, barulah saya dapat menjayakan setiap P&P saya secara cemerlang. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment