Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia
Tahun : 1M
Jumlah Murid : 37 orang
Tarikh : 15 Nov 2011
Masa : 8.00 – 8.30 pagi
Tema : Tatabahasa
Tajuk : Antonim
Fokus Utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
Intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 3 (iii)
Memahami perkataan, frasa dan ayat.
Fokus sampingan : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
Intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 3 (i)
Membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :-
1. Membaca ayat dan perkataan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2. Mengujar dan mengeja 6 antonim yang diajar oleh guru.
3. Melengkapkan ayat dengan antonim yang sesuai.
Sistem Bahasa : Tatabahasa – Antonim
Penyerapan ilmu : Pendidikan Moral
Nilai Murni : Menghormati, Kerajinan, Bekerjasama
Kemahiran Berfikir : mengelas, menjana idea, merumus
Pengetahuan Sedia ada : Murid-murid telah mengetahui cara membaca ayat.
LANGKAH | ISI PELAJARAN |
Set Induksi ( 5 minit ) | Lakonan (duduk, berdiri, menangis, ketawa. Lelaki dan perempuan) |
Langkah 1 (5 minit) | Konsep Antonim – perkataan-perkataan yang mempunyai maksud yang lawan. Soalan : v Apakah warna rambut murid? v Apakah warna rambut nenek? v Bola keranjang besar atau kecil? v Bola ping pong besar atau kecil? v Buku kerja nipis atau tebal? v Kamus nipis atau tebal? |
Langkah 2 (8 minit) | Antonim · Tidur X bangun · Laju X cepat · menang X kalah · cuai X berhati-hati · cantik X hodoh · malas X rajin |
Langkah 3 (10 minit) | Kuiz (Permainan) · Tidur X bangun · Laju X cepat · menang X kalah · cuai X berhati-hati · cantik X hodoh · malas X rajin · Baik X buruk · kotor X bersih · besar X kecil · nipis X tebal |
Penutup (2 minit) | Rumusan Latihan Pengukuhan (Sila Rujuk Lampiran) |
Langkah | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
Set Induksi (5 minit) | 1. Murid-murid berlakon mengikit permintaan-permintaan yang diberi secara lisan. 2. Guru menerangkan pelajaran hari ini ialah Antonim | KB: Menjana Idea BBM: Kad Perkataan (Power Point) Nilai: Bekerjasama |
Langkah 1 (5 minit) | 1. Murid-murid menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan. 2. Murid-murid memberi jawapan yang sesuai secara lisan dan guru menegaskan konsep Antonim. | TKP: Verbal Linguistik Verbal Ruang |
Langkah 2 (8 minit) | 1. Guru menyatakan 6 antonim kepada pelajar. 2. Murid-murid mengujar antonim tersebut. 3. Guru memberi bimbingan kepada semua murid berdasarkan antonim tersebut. | TKP: Intrapersonal Interpersonal BBM: Power point Sistem Bahasa : Antonim Nilai: Rajin Menjaga kebersihan Berhati-hati |
Langkah 3 (10 minit) | 1. Guru memberi penerangan sebelum permainan dimulakan. 2. Murid mulakan permainan. 3. Guru berbincang dengan murid tentang jawapan antonim dalam permainan. | TKP: Intrapersonal Interpersinal BBM: Kad Perkataan Sistem Bahasa : Antonim Nilai: Bekerjasama |
Penutup (2 minit) | 1. Guru memaparkan beberapa soalan. 2. Murid-murid menjawab soalan tersebut. 3. Guru bincang jawapan bersama murid-murid. | BBM: Power point Sistem Bahasa: Antonim Nilai: Rajin |
No comments:
Post a Comment