Pages

Friday, 9 December 2011

ABM YANG DIGUNAKAN UNTUK P&P ( 2 )

2. PENGAJARAN BAHASA YANG LAIN









ABM YANG DIGUNAKAN UNTUK P&P ( 1 )

1. PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA







REFLEKSI MIKROPENGAJARAN SAYA

REFLEKSI MIKRO-PENGAJARAN

            Pengajaran dan pembelajaran(P&P) mikro-pengajaran yang saya ajarkan ini merupakan subjek Bahasa Malaysia.  Dalam P&P ini, saya telah mengajarkan tentang tajuk kata-kata persamaan dan berlawanan. Sepanjang 10 minit tersebut, saya telah menggunakan kaedah permainan kecil untuk menerangkan tentang input pengajaran yang saya ingin sampaikan. Permainan kecil ini disokong atau dibantu oleh alat-alat lain seperti kad-kad yang ditulis dengan berbagai-bagai perkataan, muzik-muzik, kertas mahjong dan sebagainya. Sepanjang P&P itu dijalankan, saya dapati bahawa murid-murid telahpun melibatkan diri secara aktif dan seronok terutamanya apabila mereka mengikut arahan untuk menghantarkan kad-kad dan diiringi dengan muzik yang dimainkan. Selepas itu, saya juga dapati bahawa kebanyakkan daripada murid tersebut dapat memahami dan mampu menjawab soalan yang saya kemukakan.

            Dalam P&P tersebut, saya telah mendapati beberapa kekuatan yang sedia ada pada diri sendiri saya. Antaranya ialah keyakinan saya. Saya sangat beryakin apabila menghadap dengan murid-murid yang berbagai-bagai. Contohnya ada yang nakal, pendiam, dan lain-lain. Saya berupaya mengawal murid-murid yang agak nakalnya dan memupuk murid yang pendiam dengan tidak menjejaskan perjalanan P&P saya. Keadaan dan suasana kelas yang harmoni dan selesa dapat saya jadikan semasa mengajar di dalam kelas.

Seterusnya, sikap ketekunan saya juga telah membantu saya dalam menjayakan P&P saya. Saya telah membuat persediaan dengan secukupnya sebelum memasukkan ke dalam kelas. Saya juga akan berusaha dengan mencarikan jalan penyelesaian apabila saya menghadapi masalah yang berkaitan dengan P&P yang saya akan jalankan. Sebagai contoh, saya telah membuat perbincangan dengan guru-guru yang lain tentang P&P Bahasa Malaysia yang akan saya jalankan. Saya akan meminta mereka untuk memberikan pandangan mereka terhadap pengurusan P&P saya supaya saya tidak akan memberikan P&P yang penuh dengan kecuaian ataupun kesalahan semasa di dalam kelas.

Selain daripada itu, saya juga dapati bahawa terdapat beberapa perkara yang ingin saya perhatikan dan menambahbaikkan. Antaranya ialah pengawalan masa secara lebih teliti. Kemudian, saya juga akan menambahkan pelbagai jenis  aktiviti yang akan dijalankan dalam P&P demi menyeronokkan dan menarik perhatian murid-murid saya. Seterusnya, saya juga akan meningkatkan prestasi saya sendiri dengan menghadiri lebih banyak kursus, membaca buku yang berlainan bahasa dan sebagainya.

MIKROPENGAJARAN SAYA

SASARAN : MURID-MURID DARJAH 1

REFLEKSI PENGAJARAN ANTONIM

REFLEKSI PENGAJARAN ANTONIM
           
            Subjek pelajaran dan pembelajaran(P&P) yang telah saya jalankan bagi makro-pengajaran saya ialah subjek Bahasa Malaysia. Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa P&P yang dijalankan pada hari ini agak lancar dan berkesan serta telah mencapai objektif yang terutamanya. Hal ini demikian kerana murid-murid dapat mengikut arahan yang telah saya berikan dengan jelas dan teliti. Jadi, mereka dapat menjalankan segala aktiviti ataupun latihan-latihan di dalam kelas dengan baik dan sempurna. Sebagai contoh, murid-murid mampu menjawab dengan betulnya kesemua soalan apabila saya mengemukakan soalan kepada mereka. Selain itu, murid-murid juga dapat belajar dalam keadaan kelas yang terkawal dan suasana kelas yang harmoni dan selesa.

            Kemudian, saya telah mendapati beberapa kelebihan dan kekurangan selepas saya telah menjalankan P&P saya. Salah satu kelebihannya ialah dari segi kreativiti saya. Saya mampu menambahkan aktiviti-aktiviti permainan ke dalam P&P saya semasa di dalam kelas. Hal ini kerana saya ingin menarikkan perhatian murid-murid untuk terus melibatkan diri secara aktif semasa saya memberikan input pengajaran di dalam kelas. Murid-murid yang aktif semasa memberikan jawapan dan respon sudah boleh dipastikan mereka telah faham akan apa-apa yang telah saya ajarkan. Selain daripada itu, saya mendapati bahawa alat bantu mengajar(ABM) yang saya gunakan semasa mengajar juga agak berkesan. Murid-murid telahpun memberi perhatian yang sepenuhnya semasa saya menggunakan tayangan “slide” untuk memberikan penerangan kepada mereka. Mereka berasa seronok apabila melihat gambar-gambar yang berwarna-warni dan berbagai-bagai di dalam tayangan “slide” saya. Oleh itu, saya boleh membuat konklusi bahawa kebanyakkan murid telahpun menguasai segala kemahiran dan ilmu pengetahuan selepas menjalani P&P tersebut.

            Selepas itu, saya juga mendapatkan kekurangan selepas menjalankan P&P tersebut. Antaranya ialah kesuntukkan masa untuk menyempurnakan P&P saya. Hal ini kerana terdapatlah sebahagian murid di dalam kelas telah mendapatkan masalah terhadap P&P tersebut. Umpamanya, mereka tidak faham akan apa maksud perkataan-perkataan yang telah saya paparkan. Selain itu, mereka juga tidak memahami apabila saya bercerita dengan mereka dalam Bahasa Malaysia. Mereka hanya akan jelas selepas saya memberikan penerangan dalam bahasa ibunda kita, iaitu Bahasa Cina. Jadi, masa yang lebih perlu diperuntukkan khas untuk murid-murid tersebut. Saya akan menambahbaikkan kekurangan saya ini dengan memberikan kelas tambahan kepada murid-murid tersebut selepas waktu persekolahan. Jikalau boleh, saya akan memberikan sokongan kepada mereka untuk memperbanyakkan membaca buku-buku yang dituliskan dalam Bahasa Kebangsaan kita. Selain itu, saya juga akan memberikan bimbingan kepada mereka supaya tidak bertutur kata dalam bahasa ibunda semasa berada dalam kelas BM.

            Tambahan pula, saya akan merancangkan semula dan menambahkan lagi satu “slot” bagi setiap P&P yang telah saya jalankan, iaitu “Slot Perbincangan Bersama”. Saya akan memperuntukkan lebih kurang 10 sehingga 15 minit untuk membuat perbincangan dengan murid-murid selepas setiap P&P yang telah dijalankan. Saya akan memberikan peluang kepada mereka supaya dapat mengemukakan soalan-soalan yang mereka dapati. Jadi, saya dapat mencatatkan dan memahami tentang masalah yang mereka hadapi. Seterusnya saya akan bersedia untuk memberikan penerangan ataupun penjelasan kepada mereka pada minggu yang berikutnya.

            Akhir sekali, saya juga akan menyediakan lebih banyak aktiviti untuk semua murid semasa mengajar mereka di dalam kelas. Aktiviti-aktiviti seperti larian, nyanyian dan sebagainya juga akan saya campurkan dalam P&P saya demi menjadikan P&P saya dengan lebih seronok. Selain itu, saya juga dapat mengeratkan hubungan saya dengan murid-murid melalui aktiviti-aktiviti tersebut. Oleh itu, barulah saya dapat menjayakan setiap P&P saya secara cemerlang. Sekian terima kasih.

PERSEMBAHAN SLIDE PENGAJARAN ANTONIM TAHUN 1

SLIDE SHOW PENGAJARAN ANTONIM TAHUN 1


video

Wednesday, 7 December 2011

RPH PENGAJARAN HARIAN BM SAYA

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia
Tahun             : 1M
Jumlah Murid : 37 orang
Tarikh             : 15 Nov 2011
Masa               : 8.00 – 8.30 pagi
Tema              : Tatabahasa
Tajuk               : Antonim
Fokus Utama             : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
                                   Intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

                                   Aras 3 (iii)
                                   Memahami perkataan, frasa dan ayat.

Fokus sampingan       : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
                                   Intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

                                   Aras 3 (i)
                                   Membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :-
1.    Membaca ayat dan perkataan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.    Mengujar dan mengeja 6 antonim yang diajar oleh guru.
3.    Melengkapkan ayat dengan antonim yang sesuai.
Sistem Bahasa           : Tatabahasa – Antonim
Penyerapan ilmu        : Pendidikan Moral
Nilai Murni                  : Menghormati, Kerajinan, Bekerjasama
Kemahiran Berfikir     : mengelas, menjana idea, merumus
Pengetahuan Sedia ada        : Murid-murid telah mengetahui cara membaca ayat.

LANGKAH
ISI PELAJARAN

Set Induksi
( 5 minit )

Lakonan
(duduk, berdiri, menangis, ketawa. Lelaki dan perempuan)





Langkah 1
(5 minit)  

Konsep Antonim – perkataan-perkataan yang mempunyai maksud yang lawan.
Soalan :
  v  Apakah warna rambut murid?
  v  Apakah warna rambut nenek?
  v  Bola keranjang besar atau kecil?
  v  Bola ping pong besar atau kecil?
  v  Buku kerja nipis atau tebal?
  v  Kamus nipis atau tebal?





Langkah 2
(8 minit)

        Antonim
          ·         Tidur      X     bangun
          ·         Laju       X     cepat
          ·         menang X     kalah
          ·         cuai        X     berhati-hati
          ·         cantik     X     hodoh
          ·         malas     X     rajin






Langkah 3
(10 minit) 












Kuiz (Permainan)
          ·         Tidur      X     bangun
          ·         Laju       X     cepat
          ·         menang X     kalah
          ·         cuai        X     berhati-hati
          ·         cantik     X     hodoh
          ·         malas     X     rajin
          ·         Baik       X     buruk
          ·         kotor      X     bersih
          ·         besar     X     kecil
          ·         nipis       X     tebal
Penutup
(2 minit)
Rumusan
Latihan Pengukuhan
(Sila Rujuk Lampiran)


Langkah
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
1.    Murid-murid berlakon mengikit permintaan-permintaan yang diberi secara lisan.
2.    Guru menerangkan pelajaran hari ini ialah Antonim
KB: Menjana Idea

BBM: Kad Perkataan
         (Power Point)

Nilai: Bekerjasama

Langkah 1
(5 minit)
              1.    Murid-murid menjawab                        
                   beberapa soalan yang  
                   dikemukakan oleh guru secara  
                   lisan.
              2.    Murid-murid memberi jawapan 
                   yang sesuai secara lisan dan 
                   guru menegaskan konsep 
                   Antonim.


TKP: Verbal Linguistik
         Verbal Ruang
Langkah 2
(8 minit)
               1.    Guru menyatakan 6 antonim 
                    kepada pelajar.
               2.    Murid-murid mengujar antonim 
                    tersebut.
               3.    Guru memberi bimbingan 
                    kepada semua murid 
                    berdasarkan antonim tersebut.
TKP: Intrapersonal
         Interpersonal

BBM: Power point

Sistem Bahasa : Antonim

Nilai: Rajin
      Menjaga kebersihan
         Berhati-hati

Langkah 3
(10 minit)
               1.    Guru memberi penerangan 
                    sebelum permainan dimulakan.
               2.    Murid mulakan permainan.
               3.    Guru berbincang dengan murid 
                    tentang jawapan antonim 
                   dalam permainan.
TKP: Intrapersonal
         Interpersinal

BBM: Kad Perkataan

Sistem Bahasa : Antonim

Nilai: Bekerjasama

Penutup
(2 minit)
               1.    Guru memaparkan beberapa 
                    soalan.
               2.    Murid-murid menjawab soalan 
                    tersebut.
               3.    Guru bincang jawapan 
                    bersama murid-murid.
BBM: Power point

Sistem Bahasa: Antonim

Nilai: Rajin